» »Unlabelled » Lebih 15 ribu graduan Sarawak menganggur dalam tahun 2016 sahaja


Kadar pengangguran di negara kita terus meningkat setiap tahun dan ia lebih teruk lagi apabila kebanyakan syarikat mengutamakan calon yang boleh menguasai bahasa Inggeris.

Di Sarawak, lebih 15,000 graduan gagal mendapat tawaran peluang pekerjaan berikutan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, berkata ramai graduan universiti dari Sarawak belum bekerja dan situasi itu amat merugikan.

Justeru, beliau meminta Kerajaan Persekutuan memberikan autonomi dari segi pendidikan untuk membolehkan tumpuan diberi terhadap pembelajaran bahasa Inggeris.

"Ada kemungkinan antara 15,000 hingga 20,000 graduan menjadi penganggur di negeri ini kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.

"Kita minta Kerajaan Persekutuan tambah peruntukan untuk menyediakan infrastruktur lebih baik kepada sekolah di Sarawak," katanya pada majlis Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa Sambutan Hari Jadi Ke-80, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, di Stadium Miri, pagi tadi.

Untuk info, sehingga bulan Januari 2016 dicacatkan kadar pengangguran di Malaysia sudah pun mencecah 3.3 peratus. Naik 0.1 peratus daripada bulan sebelumnya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .