» » Kementerian Sumber Manusia pastikan semua majikan patuhi gaji minimum


Kementerian Sumber Manusia giat mengadakan pemeriksaan dan jelajah di seluruh negara dalam usaha memastikan majikan mematuhi Perintah Gaji Minimum 2016 yang berkuatkuasa 1 Julai lepas.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Abd Mutallib berkata, ia termasuklah melakukan kajian, tinjauan dan pemeriksaan bagi mengetahui sama ada peraturan baharu itu dilaksanakan oleh para majikan.

Gaji minimum ditetapkan RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.

"Setelah dua bulan dilaksanakan kita ada menerima rungutan daripada majikan yang tidak berpuas hati dengan peraturan baharu ini, tapi tidaklah sebanyak mana," katanya kepada pemberita di Kampung Pondok Tasak di Alor Setar hari ini.

Beliau turut menasihat majikan agar mematuhi peraturan tersebut bagi
mengelak dikenakan tindakan undang-undang yang tegas.

Terdahulu, Ismail merasmikan Majlis Korban Perdana dan Perjumpaan
Keluarga Muhammad Noor Langgar yang dihadiri kira-kira 1,000 anggota keluarga dari generasi keenam hingga kesembilan.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .