» » Harga rumah diramalkan akan melonjak tinggi di Malaysia tidak lama lagi


Jika anda dapati harga rumah di Malaysia sangat mahal sangat sekarang ini , tunggu beberapa bulan lagi untuk lihat harga yang akan jadi semakin tinggi dan mahal .

Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) menyuarakan kebimbangan berhubung cadangan kerajaan agar pemaju perumahan diberikan lesen pinjaman pembiayaan hartanah.

Presidennya, Salkukhairi Abd. Sukor menyifatkan langkah berkenaan akan mengakibatkan kadar hutang isi rumah meningkat selain membantutkan usaha kerajaan untuk mengawal harga rumah.

Lonjakkan bisnes anda dengan pengiklanan cara terkini!

Jelasnya, langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah pinjaman perumahan adalah mewujudkan skim tabungan perumahan untuk golongan belia.


“Dilaporkan sebanyak 18,457 kes bankrap direkodkan pada tahun 2015.

“Justeru, jika pemaju perumahan dibenarkan memberi pinjaman, tidak mustahil kadar kebankrapan akan terus meningkat kerana kadar faedah yang dikenakan adalah amat tinggi dan harga rumah juga semakin melambung naik,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .