» » Bekas Menteri Kewangan Kedua letak jawatan kerana tidak lagi mahu bersubahat dengan Najib Razak dalam skandal 1MDB


Setelah dua bulan melepaskan jawatan dalam kerajaan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengakui sangat tertekan dengan isu 1MDB sewaktu menjadi menteri kewangan kedua.

Malah, Ahmad Husni mendedahkan tekanan darahnya naik mendadak selama lima jam pada awal April lalu kerana begitu tertekan sebelum meletakkan jawatan .

“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.

“Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?”


“Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?” katanya dalam wawancara dengan akhbar itu.

Walau tidak menyatakan dengan jelas masalahnya ketika mengendali isu tersebut, Husni, yang melepaskan jawatan secara mendadak pada 27 Jun, meluahkan tidak setuju dengan cara 1MDB dikendalikan.

Beliau menyebut ada pemimpin “hipokrit” mengendalikan isu berkaitan rasuah dalam skandal 1MDB .

Beliau "dihentam" apabila cuba membentangkan langkah pembaikan sewaktu indeks tanggapan rasuah (CPI) Transparency International negara ini makin merosot.

Berikutan itu, Ahmad Husni merancang untuk meninggalkan kabinet sejak Januari lagi, tetapi terpaksa membatalkan niat itu kerana “tidak tergamak” melakukannya.

Namun, hasrat untuk berundur itu menjadi tekad setelah beliau mendengar kata-kata seorang pegawai kanan kerajaan yang berjaya membuka matanya untuk tidak lagi dibayangi masalah 1MDB.

Tak dirujuk

Ahmad Husni berkata keputusan tersebut dibuat ketika beliau berada di Laos bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan Asean.

“Saya beritahu pegawai saya, saya tidak berapa sihat pada sebelah tengah hari dan saya tidak mampu untuk hadir ke mesyuarat sebelah petang.

“Seorang pegawai kanan Bank Negara berkata ‘semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB?’

“Kata-kata itu membuka hati saya... harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega," luah Ahmad Husni.

Malah, Ahmad Husni berkata selepas kejadian itu 1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hatinya.

Selain itu, Anggota Parlimen Tambun itu juga dipetik berkata walaupun memegang jawatan menteri kewangan kedua, beliau tidak pernah dimaklumkan tentang penubuhan 1MDB pada 2009.

"Sebenarnya saya tidak tahu tentang penubuhan 1MDB. 1MDB ditubuhkan pada 2009. Saya tak dirujuk walaupun saya menteri kewangan II.

"Bila dapat tahu tentang penubuhannya, saya mempersoalkan mengapa perlu tubuh 1MDB?” soal Ahmad Husni.

Tak libat diri

Mengulas lanjut Ahmad Husni berkata ini kerana penubuhan sesebuah syarikat pelaburan memerlukan kajian mendalam melibatkan Kajian Fisibiliti, Risiko Perniagaan, Risiko Kewangan, Unjuran Aliran Tunai, Unjuran Untung Rugi dan Unjuran Imbangan Kewangan.

Namun, apabila kontroversi syarikat pelaburan itu memuncak, beliau ditugas menyediakan jalan penyelesaian hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunainya yang negatif.

"Saya tidak libatkan diri dalam urusan 1MDB sehinggalah tahun 2015 di mana pada awal tahun tersebut saya diminta untuk merangka jalan penyelesaian kepada masalah hutang 1MDB yang begitu tinggi dengan aliran tunai yang negatif.


"Dengan izin Allah swt, dengan bantuan SUSK kami berjaya menyediakan Pelan Rasionalisasi 1MDB,namun saya tak terlibat dalam pelaksanaan pelan tersebut," kata Ahmad Husni.

Beliau juga berharap masalah 1MDB dapat diatasi kerana sebarang perkembangan negatif boleh menjejaskan rating negara.

Malah, katanya, ini juga akan membawa kesan sistemik kepada keseluruhan ekonomi negara yang akhirnya akan merugikan negara dan rakyat.

Ahmad Husni meletakkan jawatan pada akhir Jun lalu secara mendadak, sejurus sebelum Najib mengumumkan rombakan kabinet, menimbulkan tanda tanya dan spekulasi.

Beliau juga meletakkan semua jawatannya dalam Umno di peringkat pusat, negeri dan bahagian dan hanya kekal sebagai wakil rakyat kawasan tersebut.

Pada waktu itu Ahmad Husni menafikan pengundurannya ada kaitan dengan syarikat kontroversi 1MDB.

Perkara penting yang perlu dinilai oleh rakyat berkaitan pendedahan dan pengakuan tersirat Ahmad Husni ini : 
"Adakalanya saya terasa; BEKERJA SECARA JUJUR tidak ada tempat dalam dunia ini " 

Antara pendedahannya yang patut membuka mata si buta ialah:

1- "Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggapkan tekanan darah tinggi selama 5 jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada. 

Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam Kabinet atau tidak? Saya membuat penilaian penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?".

2- Beliau pernah bekerja di anak syarikat sebuah agensi milik Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1980-an. Di situ beliau terdedah dengan tingkah laku sesetengah pemimpin yang menggunakan syarikat tersebut yang memgumpul kekayaan. 

Beliau melaporkan pada pucuk pimpinan. Malangnya tiada tindakan diambil. Sebaliknya, seorang pegawai kanan agensi tersebut berkata kepada beliau;

"Awak duduk dalam kapal lanun. Ingat awak boleh jadi Imam? Mampus awak!"

3- "Dalam konteks kewangan kerajaan, uruslah kewangan secara berhemah. Pemberian tender hendaklah secara telus. Projek PPP mestilah dikaji mendalam dari konteks value for money."

4- Di Parlimen nanti, saya akan menyuarakan prinsip good governance yang harus menjadi asas kepada pemerintah untuk membawa kesejahteraan kepada masa depan negara dan rakyat. 

Kerajaan hendaklah bersih, cekap dan amanah berpegang kepada prinsip digniti dan integriti supaya rakyat boleh berpaut demi masa depan mereka. 

Alangkah indahnya dunia jika semua ini terjadi?"


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .