Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Sime Darby Ahmad Zubir Murshid hari ini dibebaskan daripada dua pertuduhan pecah amanah.
Ini susulan keputusan pihak pendakwaan untuk tidak meneruskan perbicaraan yang dikemukakan terhadap Zubir pada 2012 kerana tidak cukup bukti.
Timbalan Pendakwaraya Ahmad Akram Gharib berkata tidak cukup bukti bagi membuktikan kes itu melebihi keraguan munasabah.
Zubir didakwa pecah amanah yang menyebabkan kerugian RM100 juta pada syarikat.
Beliau juga bekas daripada dua pertuduhan alternatif atas dakwaan menipu.
No comments: