» » Bas persiaran terbalik akibatkan 37 penumpang cedera di pagi Aidil Adha 2016


Seramai 37 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik di Kilometer 5.8 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, menghala selatan, dekat tol Sungai Besi, pagi ini

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 9 pagi ketika bas yang membawa 44 penumpang dalam perjalanan dari Ampang ke Puchong itu terbabas di susur Sri Petaling

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.37 pagi sebelum tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi, Taman Desa dan Bukit Jalil bergegas ke lokasi kejadian

"Semua penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut," katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .