» » » Bapa dan anak perempuannya terbunuh dilanggat go-kart yang terbabas di Kuantan


Dua beranak terbunuh manakala beberapa yang lain cedera selepas dilanggar ketika perlumbaan Go-Kart EIMARACE di Jalan Sukpa, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa lelaki berusia 30-an bersama anak perempuannya berusia empat tahun sedang menyaksikan perlumbaan itu sebelum dirempuh satu kenderaan Go-Kart yang dikatakan hilang kawalan.

Difahamkan kenderaan itu hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan lain sebelum merempuh mangsa.


Seorang penonton, Said Ishak, 56, memberitahu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya pula di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas cedera parah di kepala.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .