» » Akibat tak tahan dengan pendedahan WSJ berkaitan skandal MDB Salleh Keruak cadangkan WSJ sertai BERSATU bertanding PRU14


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas akhbar Wall Street Journaldengan berkata akhbar yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu perlu mengemukakan calon untuk pilihan raya umum Malaysia yang akan datang.

Katanya, ini memandangkan minat kukuh WSJ dan kecenderungannya dalam hal ehwal politik Malaysia.

"Mereka berkelakuan seperti ahli politik dan berkempen, bukannya sebagai media yang boleh dipercayai atau bebas," katanya dalam satu catatan blog.

Menurut Salleh, laporan WSJ itu bukannya mempunyai maklumat baru, tetapi hanya mengulangi dan menyiarkan semula dakwaan yang tidak terbukti.

"Mereka tidak melakukan apa-apa untuk membuktikan dakwaan berkenan tetapi sekadar memetik sumber tanpa nama yang hanya bercakap dengan WSJ dan dokumen misteri yang juga hanya dilihat mereka.

"Ini mungkin tidak wujud, atau mereka mungkin daripada musuh-musuh politik dan tidak lengkap ataupun salah.

"Liputan WSJ mengenai Malaysia menjadi semakin terdesak dan keterlaluan. Ia mengketepikan prinsip kewartawanan bebas iaitu berasaskan fakta untuk menjadi tidak lebih sebagai sebuah blog partisan - bermotifkan politik," katanya.

Salleh, yang juga adalah bendahari Umno, mendakwa WSJ dan orang yang menyuapnya dengan maklumat untuk kepentingan objektif sendiri seperti tun Dr Mahathir Mohamad dan proksi beliau berusaha untuk mempengaruhi proses politik Malaysia dan menentukan siapa yang seharusnya membentuk kerajaan.

"Serangan berterusan mereka bukan mengenai kewartawanan, tetapi memaksa keangkuhan dan visi yang salah ke atas Malaysia. Jika kita mengalah, negara majoriti penduduk Islam yang harmoni stabil dan makmur ini akan terjejas,” katanya.

Semalam, WSJ mendakwa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan AS$ 6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.

Menurut laporan itu, perbelanjaan dibuat antara 2008 dan 2015 dan adalah berdasar kepada dokumen-dokumen baru yang dimiliki dan diteliti mereka.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .