Aidil Adha 2016 atau Hari Raya Haji bakal disambut oleh orang Islam di Malaysia esok iaitu 12 September 2016 .
Ia kelihatan suram dan sepi walaupun ada juga yang balik kampung kerana cuiti panjang .
Dengan kadar pengagguran yang semakin ke angka 500 ribu orang , ia tidak menyumbang ke arah kebaikan rakyat Malaysia .
GST dilihat semakin mencengkam rakyat Malaysia , yang kaya semakin kaya dan yang semkin miskin semakin papa kedana .
Hutang Malaysia juga semakin bertambah .
Dengan masa hadapan yang tidak menentu akibat kecurian duit 1MDB yang hutangnya bakal ditanggung dan dibayar oleh semua rakyat Malaysia , situasi ini dilihat tidak akan bertambah baik dalam 5-6 tahun ke hadapan ini .
Peluang Malaysia untuk menjadi negara maju dalam tahun 2020 seperti yang dirancang oleh Dr Mahathir pada tahun 1988 , nampaknya semakin kelam dan kelabu .
Hari Raya Haji merujuk kepada korban .
Dalam polemik ini di Malaysia , nampaknya rakyat Malaysia yang telah 'DIKORBANKAN' oleh Najib Razak dan kuncu-kuncunya untuk kesenangan dan kemewahan mereka .
No comments: