» » 2 maut kereta rempuh belakang lori di Gopeng


Dua maut, manakala tiga cedera selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki merempuh bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di tengah laluan akibat mengalami kerosakan di Kilometer 294.6, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Gopeing malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahya Madis berkata mangsa yang maut adalah pemandu pacuan empat roda jenis Isuzu ad-Mex berumur 44 tahun dan seorang penumpang berusia 22 tahun.

Lonjakkan bisnes anda dengan pengiklanan cara terkini!

Katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.05 malam sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dikejarkan ke tempat kejadian dan turut dibantu anggota Balai Simpang Pulai.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam tadi, kenderaan pacuan empat roda itu gagal mengelak daripada melanggar sebuah lori satu tan yang berhenti di tengah lebuh raya akibat mengalami kerosakan," katanya ketika dihubungi.

Yahya berkata anggota bomba menggunakan alat menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserah kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, dua mangsa yang maut dalam kemalangan itu dikenal pasti sebagai Ibrahim Abu, 44, dan adiknya, Siti Aishah Abu, 22.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Ibrahim adalah pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max itu manakala Siti Aishah pula adalah penumpang dan mereka bersama tiga lagi penumpang lain adalah dari Taman Bandar Baru, Pokok Sena, Kedah.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 8.10 malam itu, kenderaan yang dipandu Ibrahim dari Kuala Lumpur ke arah Ipoh melanggar belakang sebuah lori di kiri jalan berhampiran Hentian Sebelah Simpang Pulai.

"Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi penumpang parah, manakala dua lagi cedera ringan dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.

"Sementara itu, pemandu lori seorang lelaki berumur 67 tahun ditahan untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ng, semasa kejadian cuaca adalah baik kecuali keadaan gelap di lokasi.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .