Pengebom berani mati itu melaungkan "Allahu Akbar" dan meletupkan dirinya di sebuah masjid di Barat Laut Pakistan turut mengakibatkan lebih 20 orang tercedera.
Pegawai pihak berkuasa kerajaan itu mengesahkan letupan bom di perkampungan Payee Khan di wilayah pergolakan, Mohmand yang bersempadankan Afghanistan.
Lonjakkan bisnes anda dengan pengiklanan cara terkini!
"Pengebom berani mati itu telah berada di khalayak ramai dalam Masjid, sebelum menjerit "Allahu Akbar dan satu letupan besar berlaku," kata Timbalan Pengurus Ageni Mohmand, Naveed Akbar kepada Reuters.
Satu lagi pegawai berkuasa, Shaukat Khan di Barat Laut rantau itu, berkata 24 orang tercedera.
"Ramai orang berkumpul di dalam masjid ketika kejadian itu, katanya lagi.
Setakat ini belum ada pihak yang tampil bertanggungjawab ke atas insiden itu.
Serangan ini menyusul sehari selepas seorang wanita dibunuh menggunakan bom tangan di wilayah itu.
No comments: