Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memenangi bidaan untuk nombor plat 'V1' pada harga RM989,780.
Menurut portal automotif paultan.org, bidaan itu adalah yang tertinggi pernah dibuat oleh baginda bagi mendapatkan nombor plat.
Nombor plat 'V' adalah satu siri baru bagi kenderaan yang didaftarkan di Kuala Lumpur.
Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Datukm Seri Ismail Ahmad berkata nombor pendaftaran berikutnya di bawah awalan "W 1 A" akan dihentikan, berikutan pengenalan siri nombor V plat.
Julai lalu, Sultan Ibrahim memenangi bidaan bagi nombor pendaftaran 'F1' pada harga RM836,660.
Siri nombor plat 'F' adalah untuk kenderaan yang berdaftar di Putrajaya.
Sultan Ibrahim sebelum ini juga telah memenangi bidaan untuk 'W1N' dan nombor plat 'WWW1' masing-masing pada harga RM748,000 dan RM520,000.
No comments: