Pengatur selia kewangan New York menghantar permintaan kedua kepada Goldman Sachs Group Inc untuk maklumat mengenai pengumpulan dana olehnya untuk 1MDB, kata individu yang biasa dengan perkara itu.
Jabatan Perkhidmatan Kewanan New York (NYDFS), dalam surat yang dihantar lewat semalam, juga meminta untuk mengadakan pertemuan dengan Goldman pada atau sebelum 31 Ogos, kata individu tersebut. Permintaan itu ekoran surat pengatur selia itu yang dihantar kepada Goldman bulan lalu untuk mendapatkan maklumat mengenai perkara itu.
Sumber itu tidak diberi kuasa untuk membincangkan perkara itu kepada umum.
"Kita sedar mereka mempunyai kepentingan dalam perkara ini dan telah mengadakan dialog dengan mereka mengenai untuk beberapa waktu," kata seorang jurucakap Goldman Sachs.
Goldman Sachs membantu 1MDB untuk mengumpulkan AS$6.5 bilion melalui tiga jualan bon pada tahun 2012 dan 2013 untuk melabur dalam projek-projek tenaga dan hartanah untuk meningkatkan ekonomi Malaysia.
Sebaliknya, lebih AS$2.5 bilion yang diperolehi dari jualan bon itu didakwa telah disalahgunakan dan digunakan untuk membeli karya seni, termasuk lukisan oleh Vincent Van Gogh dan Claude Monet, hartanah mewah di New York dan London dan untuk membayar hutang perjudian di Las Vegas, demikian menurut saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman AS di mahkamah pada 20 Julai.
Goldman Sachs, yang memperolehi hampir AS$600 juta untuk mengurus dan menaja jamin bon 1MDB, tidak dituduh melakukan sebarang salah laku dalam saman itu. Tetapi mereka mendakwa pelabur tidak dimaklumkan sepatutnya mengenai penggunaan dan jenis bon itu.
NYDFS menganggap pertemuan yang dimintanya itu sebagai sejenis "laporan khas tambahan", kata individu yang biasa dengan perkara tersebut. Butiran mengenai perkara yang pengatur selia itu mahu bincangkan dalam pertemuan itu, termasuk masa pendedahan kepada NYDFS membabitkan penglibatan Goldman dengan urus niaga bon yang melibatkan firma dana Malaysia itu.
Pengatur selia itu juga mahu butiran mengenai usaha yang wajar oleh Goldman berkaitan dengan hantaran hasil jualan daripada tiga tawaran bon itu.
Bank pusat Singapura berkata minggu lepas bahawa ia juga memeriksa sejauh mana penglibatan unit tempatan Goldman Sachs dalam urus niaga bon 1MDB.
No comments: