Samir Nasri mengakui dia perlu tinggalkan Manchester City sebelum jendela perpindahan ditutup pada Rabu ini.
Nasri mempertimbangkan untuk mengakhiri kerjaya di City selepas hanya dibenarkan beraksi buat pertama kali sebagai pemain simpanan ketika kelab tersebut menewaskan West Ham pada Ahad.
Pemain Perancis yang dibeli pada harga £24 juta dari Arsenal, lima tahun lalu telah diminta oleh Besiktas sebagai tonggak pinjaman.
"Ya, mungkin perlu ada pemindahan. Ia bergantung kepada banyak perkara.
"Sekarang terdapat banyak spekulasi. Anda fikir ia betul? Banyak yang salah kerana mereka tidak pernah meminta saya keluar atau melakukan tindakan ke arah itu," kata kepada sebuah stesen televisyen Perancis.
Ketua Jurulatih City, Pep Guardiola berkata, Nasri mengalami berat badan berlebihan ketika latihan pramusim.
Namun jelasnya, ia dapat diubah menerusi latihan seharian.
No comments: