» » Rakyat Malaysia perlu tamatkan segera 'Pemerintahan PEROMPAK' yang bermaharajalela


Dalam menggesa rakyat Malaysia supaya mempamerkan kepada dunia bahawa mereka tidak lagi mampu bersabar dengan isu 1MDB, seorang pemimpin PKR memulakan hujahnya dengan asal-usul perkataan "kleptokrasi".

"Apa maksud kleptokrasi?

"Kleptokrasi adalah perkataan Yunani yang bermaksud 'pemerintahan pencuri," kata Dr Xavier Jeyakumar.

Naib Presiden PKR itu, berhujah bahawa mereka yang mendakwa tindakan undang-undang yang dicetuskan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika adalam saman sivil dan bukannya jenayah hanya memperbodohkan diri sendiri.

DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang didakwa diperoleh melalui dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Aduan untuk pelucutan hak oleh unit yang dikenali sebagai Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi, mewakili kes seumpama itu yang terbesar oleh DOJ.

Menghurai lanjut, Jeyakumar juga mengkritik menteri kabinet kerana berdiam diri dalam isu ini, menuduh mereka lebih cenderung menjaga kedudukan mereka daripada kepentingan negara.

"Bagaimana dengan standard moral individu-individu ini?

"Adakah mereka berbangga dengan kelayakan dari universiti luar negara, di mana mereka telah diajar untuk berfikir untuk diri sendiri?

"Ini adalah orang hiprokit yang lebih mementingkan keistimewaan mereka daripada bersuara demi kebenaran dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan media.

Mengimbas kembali dakwaan penyalahgunaan yang disebut dalam saman DOJ, Jeyakumar menyifatkan tindakan mereka sebagai memalukan.

"Lihatlah cara mana wang itu dibelanjakan. Kita bercakap berbilion di sini: majlis mewah, perjudian, pembikinan filem, pembelian jet, hotel, kereta, lukisan, pangsapuri mewah.

“Semua ini adalah wang titik peluh rakyat dan juga daripada simpanan yang dijamin kerajaan," katanya.

Pemimpin PKR itu juga membidas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan memetik kata-kata rakan sejawatannya dari Amerika bahawa apabila kleptokrat merompak negara dan perbendaharaan, mencuri sumber asli dan bantuan pembangunan, mereka menghukum anak-anak kita dengan kebuluran dan penyakit.

“Dalam menghadapi kenyataaan, pemulihan aset yang diperolehi dengan kezaliman adalah penting.

“Bola kini berada di mahkamah rakyat

"Apa yang kamu mahu lakukan atau mengambil berat untuk melakukan? Berdiam diri bukan lagi satu pilihan. Kekuatan hanya dicapai apabila jumlah yang besar bersama diri untuk kebenaran dan keadilan,” katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .