» » Raja Ilya pulih selepas kena jangkitan bakteria


Pelakon Raja Ilya melalui peristiwa ngeri pada Ramadan lalu apabila dia terkena jangkitan bakteria sehinggakan terpaksa dirawat dalam keadaan kritikal.

Raja Ilya, 31, berkata, dia tidak mahu menghebohkan berita berkenaan berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan apabila tidak diterima di pusat perubatan swasta.

"Saya jatuh sakit yang sangat teruk sehingga pusat perubatan swasta tidak terima dan terpaksa dirawat di hospital kerajaan dan menurut doktor kondisi saya sudah 50/50 untuk hidup.


"Doktor beritahu saya terkena rare bacteria infections yang mungkin berpunca daripada kucing yang saya bela," ujarnya."Kemudian saya dihantar di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) selama 14 hari.

Raja Ilya ditemui pada majlis pelancaran KL Vampiresyang diadakan di Hotel Pearl International di sini, Selasa.

Dalam pada itu, pelakon drama Gerak Khas ini memberitahu dia mengalami 12 ketulan yang tumbuh di seluruh badan termasuk di wajahnya.

"Penyakit itu pelik, doktor beritahu, ia satu dalam seribu. Selain tekanan darah terlalu rendah, saya juga ditumbuhi 12 ketulan besar di seluruh badan.


"Saya sudah bedah dan buang dua ketulan itu, Insya-Allah, saya akan ke hospital semula untuk buang ketulan yang lain," ujarnya.

Raja Ilya, turut tidak menolak masalah kesihatannya itu disebabkan disihir atau terkena buatan orang yang tidak berpuas hati dengannya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .