» » Polis marin dilapor hilang ditemui kebingungan lepas wanita beri 'duit daun'


Seorang anggota polis marin yang dilaporkan hilang dua hari lepas, ditemui dalam keadaan kebingungan di kawasan Sungai Rambai di Melaka, semalam.

Ketua polis daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata Rahim @ Norizam Darisun, 47, dipercayai hilang ketika pulang dari Hospital Putra Batu Pahat ke Muar selepas menghantar isterinya.

“Kira-kira 6.30 pagi, Rahim balik seorang diri dari hospital Putra Batu Pahat ke Muar. Namun, dia tidak ke pejabat atau pulang ke rumahnya selepas itu.

“Pasukan Polis Marin Muar mencarinya dari laluan Batu Pahat ke Muar namun gagal. Telefon bimbitnya juga tidak dapat dihubungi,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya ditemui di dalam keretanya di kawasan Rehat dan Rawat Sungai Rambai, Melaka kira-kira 12.10 tengah hari selepas mengesan isyarat dari telefonnya.

“Mangsa dikatakan dalam keadaan kebingungan dan memberitahu ketika balik dari Hospital Putra Batu Pahat, beliau telah menumpangkan seorang wanita dan seorang anak.

“Semasa turun dari kenderaan, wanita berkenaan telah memberi wang kepada mangsa dan semasa dijumpai, mangsa mendapati duit tersebut adalah daun,” kata Abdul Wahib.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan menerusi kenyataannya, dipercayai kejadian adalah mistik.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .