Kini adalah masanya bagi pelatih Pokemon Malaysia untuk beraksi apabila permainan 'Pokemon Go' akhirnya boleh diakses di Asia.
Sehingga Sabtu, permainan ini boleh dimuat turun di App Store bagi pengguna iOS danGoogle Play untuk pengguna Android.
Walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi, Malaysia kini telah ditandakan sebagai 'ada' di laman web rasmi https://www.ispokemongoavailableyet.com/.
Selain Malaysia, permainan ini boleh diakses di 14 buah negara Asia yang lain termasuk Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Negara Persekutuan Micronesia dan Palau.
Pengguna Facebook di halaman 'Pokemon Go Malaysia' telah berkongsi berita dengan memuat naik paparan skrin mereka bermain permainan ini sejak seawal 8.00 pagi.
Pada Jumaat, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata karektor Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam atas faktor 'maslahah' dan kemudaratan.
Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lepas.
No comments: