» » Peniaga mati ditikam kerana pelanggan dakwa duriannya tidak masak


Seorang peniaga maut ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang pelanggan gara-gara dikatakan menjual buah durian yang tidak elok di gerainya di Taman Sri Kijang, Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini kelmarin.

Peniaga itu, Ong Ting San, 61, yang cedera ditikam di belakang badan, rusuk kiri dan kanan serta kedua-dua kaki, disahkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini kira-kira pukul 10.45 malam.

Sumber polis berkata, mangsa dikatakan didatangi oleh suspek ketika dia sedang menjual durian berdekatan sebuah restoran di situ kira-kira pukul 5.15 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, lelaki yang dikatakan rakan mangsa itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari, hari ini, selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.

“Polis turut merampas pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan dia akan direman bagi membantu siasatan," katanya di sini, hari ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .