» » Pelajar alami pendarahan dalam kepala dibelasah 3 senior di Kedah


Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mengalami pendarahan dalam kepala akibat dipukul tiga pelajar senior di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani, di sini, pagi semalam

Muhammad Anas Amir, dikatakan ditumbuk dan dihantuk kepala ke dinding dalam sebuah bilik darjah, namun kejadian itu hanya disedari keluarga selepas mangsa pulang ke rumah dan mengadu sakit kepala

Bapa mangsa, Amir Ahmad, 47, berkata dia membawa anak ketiga dari empat beradik itu ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan selepas anaknya itu muntah beberapa kali


Katanya, anaknya sempat menceritakan apa yang berlaku dipercayai akibat salah faham, menyebabkan anaknya dipukul sehingga menyebabkan berlakunya pendarahan dalam kepala

"Berikutan itu, saya membuat laporan polis malam tadi untuk memaklumkan kejadian itu dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya

Difahamkan, mangsa kini masih tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan membuang darah beku dalam kepala pagi tadi

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan kejadian itu dan empat pelajar sekolah terbabit berusia 15 tahun ditahan untuk siasatan lanjut. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .