» » ‘Pelabur luar jauhkan diri dari hartanah Malaysia sehingga semua dilema dan skandal selesai’


Pelabur asing kurang berminat menceburi pasaran hartanah Malaysia sehingga ‘dilema’ negara selesai, kata seorang ejen hartanah veteran, Siva Shanker.

Pasaran hartanah kini didorong oleh permintaan domestik, kata Siva, seorang bekas presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

"Saya tidak fikir ramai pelabur hartanah asing mahu bergegas datang ke Malaysia sekarang. Saya fikir mereka akan menjauhi Malaysia.

“Sehingga kita selesaikan dilema hari ini atau hingga ia berakhir, saya fikir setiap orang akan melayan kita dengan agak berhati-hati," katanya ketika menyampaikan persembahan slaid mengenai tinjauan pasaran hartanah di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan mengenai 'dilema' yang disebutkannya pada majlis itu dan turut tidak mahu mengulas lanjut pada sidang media selepas itu.

Siva juga berkata industri itu asalnya menjangkakan pasaran hartanah yang kekal 'tidak menarik' pada suku pertama 2015 akan menjadi lebih baik pada suku keempat tahun berkenaan.

"Tetapi, malangnya, ini tidak berlaku kerana saya fikir, terutamanya antara lain, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan berita mengenai 1MDB dan pasaran sedikit terjejas dengan para pelabur mengambil pendekatan menjauhkan diri," katanya.

Dalam persembahan slaid itu, Siva berkata senario politik semasa juga memberi kesan kepada pasaran.

Pada sidang akhbar selepas itu, Siva, enggan mengulas mengenai peranan kerajaan dalam membantu pemulihan pasaran hartanah berikutan kemelut 1MDB.

"Sidang akhbar ini adalah mengenai rakan kongsi (kami) dengan Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) dan pasaran hartanah. Saya akan menjauhkan diri daripada politik mengenai ini," katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .