» » Pasir Gudang catat IPU tinggi pada 30 Ogos 2016


Musim jerebu kembali melanda ibu negara dengan beberapa kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak pagi tadi.

Difahamkan pihak penguatkuasa Indonesia mengambil tindakan saman dan gantung lesen pengendalian bagi syarikat yang melanggar syarat yang ditetapkan.

Sehingga jam 10 pagi tadi, bacaan kualiti udara menyaksikan kawasan Pasir Gudang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tinggi tetapi dalam kategori sederhana iaitu 76.

Portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mendapati daerah bandar raya Melaka mencatat penurunan bacaan IPU sebanyak 75 berbanding 85 pada jam 11 malam kelmarin, manakala Bukit Rambai dan Nilai masing-masing dengan bacaan 74 sehingga jam 10 pagi tadi.

Pada jam 6 pagi tadi, di kedua-dua daerah terbabit menunjukkan penurunan berbanding di Pasir Gudang yang menyaksikan peningkatan berbanding semalam.

Daerah lain yang mencatatkan bacaan IPU 60 ke atas ialah Larkin Lama (68), Muar (67), Port Dickson (67), dan Putrajaya (60).

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid melalui akaun twitternya menafikan kementeriannya ada mengeluarkan kenyataan media mengenai tindakan menangani jerebu di sekolah.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .