» » Manchester United buka musim 2016/17 dengan menewaskan Bournemouth 3-1



Jose Mourinho memulakan kempen baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Manchester United dengan selesa selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Bournemouth di Stadium Vitality, Ahad malam.

Percaturan pertama Mourinho selaku pengurus baharu di Old Trafford itu bakal memberi gambaran sebenar skuad United musim ini dengan kehadiran beberapa pemain baharu.

Pengendali Portugis itu menggandingkan dua penyerang terbaiknya, Wayne Rooney dan Zlatan Ibrahimovic di barisan hadapan manakala Juan Mata menggantikan Jesse Lingard di bahagian tengah.

Antonio Valencia turut disenaraikan pada perlawanan pertama musim ini sekaligus mencatat rekod penampilannya yang ke-250 untuk The Red Devils ini.

Namun harapan untuk melihat bekas pemain Juventus, Paul Pogba yang menjadi perhatian apabila mencatat rekod perpindahan termahal dunia ke Old Trafford tidak kesampaian kerana berada dalam tempoh penggantungan.

Kemenangan skuad United di tempat lawan pada aksi pertama liga musim ini bermula dengan jaringan lima minit sebelum berakhir separuh masa pertama.

Sementara itu, rentak permainan United pada babak kedua lebih kemas dan pemain-pemain menunjukkan gaya permainan yang lebih selesa bermain dengan bola, dan dalam masa sama turut membuat percubaan berbahaya ke arah gawang tuan rumah.

Kapten Wayne Rooney, yang kurang publisiti sejak akhir-akhir ini selepas kehadiran beberapa pemain bintang tetap membuktikan sentuhannya masih berbisa dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-59.


Wisel gol United sekali lagi ditiup pengadil Andre Marriner apabila bekas pemain Paris Saint-Germain, Ibrahimovic tanpa melepaskan peluang untuk mencatat nama sebagai penjaring minit ke-64 pada penampilan pertamanya dalam EPL.

Ketinggalan 3-0 tidak melemahkan anak buah Eddie Howe untuk cuba merapatkan jurang mata dan gol tunggal mereka dijaringkan oleh Adam Smith pada minit ke-69.

Kedudukan 3-1 itu kekal sehingga ke wisel akhir perlawanan.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .