» » Koperal polis didakwa terima rasuah RM1,200


Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis atas tuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM1,200 dua tahun lalu. 

Koperal Mohamad Sukeri Othman, 35, yang bertugas di Pejabat Peronda Lebuhraya Zon Utara (Bandar Baharu-Changkat Jering) mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mohamad Sukeri didakwa menerima suapan RM1,200 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap V. Tamil Vanan yang disyaki membawa arak tanpa cukai berbayar di dalam kereta jenis Toyota Avanza di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada 7 November 2014, 1.50 tengah hari.

Mohamad Sukeri didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahidah Jalaluddin menawarkan jaminan sebanyak RM5,000, namun tertuduh yang diwakili peguam P. Ravee merayu jaminan dikurangkan kerana anak guamnya mempunyai tanggungan isteri dan empat anak.

Indra Nehru membenarkan tertuduh dijamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 30 Ogos ini. 


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .