» » Khairuddin cabar Najib Razak berdebat di televisyen jika benar beliau tidak bersalah dalam penyelewengan skandal 1MDB


"Berikan saya slot selama sejam di RTM untuk saya berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai 1MDB," kata bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Khairuddin membuat cabaran itu kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak, supaya rakyat benar-benar tahu tentang 1MDB dan masalahnya.

"Ia mesti dibuat secara langsung melalui RTM dan saya mahu Salleh meneliti permintaan ini. Saya mencabar Najib secara terbuka sekarang untuk berdepat mengenai 1MDB," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah bahawa debat itu boleh diadakan pada bila-bila masa.

Bekas pemimpin Umno itu bertanggungjawab membuat laporan di Singapura, United Kingdom, Switzerland dan Hong Kong berkaitan dengan 1MDB dan ekoran itu tujuh negara sedang menyiasat firma tersebut.

Khairuddin telah diminta menjawab soalan sama ada Najib dilihat sebagai mengukuhkan kuasanya walaupun dakwaan skandal 1MDB telah menjadi isu antarabangsa berikutan tindakan saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dua minggu lepas.

Katanya, Najib mungkin dilihat seolah-olah mengukuhkan kedudukannya tetapi menegaskan bahawa ia hanya sementara, dan hanya di dunia ini.

Akhirnya, kata beliau, Najib akan berdepan dengan Allah untuk menjawab tindakannya.

Beliau seterusnya memuji tindakan yang diambil oleh Zahid Md Arip dari Gerakan Undur Najib semalam yang memfailkan tindakan mahkamah untuk mencabarkerahsiaan laporan akhir mengenai 1MDB.

Khairuddin berkata kemelut 1MDB perlu dibongkar selanjutnya kerana tiada gunanya menyiasat tetapi kemudiannya disimpan atau dirahsiakan.

"Jika Najib tak bersalah, mengapa merahsiakannya?" soal beliau.

Mengenai keputusannya tidak menyertai parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin menjelaskan bahawa dia tidak mahu terhad dengan rangka kerja parti.

"Saya tidak memburu kedudukan atau jawatan politik tetapi ingin bekerjsama untuk tujuan itu. Jika anda berada dalam parti, anda mungkin terhad kerana disiplin parti dan oleh itu, anda tidak boleh kata ini atau itu," katanya.

Beliau juga menafikan mempunyai perselisihan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau tidak ada masalah Muhyiddin sebagai presiden (parti baru) dan beliau menghormatinya.

"Tetapi seperti yang saya katakan, saya tidak mahu terikat dalam alam parti, "katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .