» » Janda didakwa miliki ikat kepala 'pengganas' iaitu menyokong keganasan


Seorang ibu tunggal mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memiliki item yang mempunyai kaitan dengan perlakuan perbuatan kumpulan pengganas.

Nor Izatul Farahirah Ismail, 36, seorang penganggur, didakwa memiliki item iaitu suatu 'ikat kepala' berwarna hitam bertulis jawi 'Lailahailallah' dan 'Allah Rasul Muhammad' di sebuah rumah di Desa Pandan,Kuala Lumpur pada 11.50 pagi, 19 Mei lepas.

Ibu seorang anak itu didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana item berkenaan, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 19 Sept untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam sebelum menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala wanita itu tidak diwakili peguam.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .