Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia, dipercayai didera di sebuah rumah di Paka, semalam
Nudzirah Nur Safiah Sabarudin yang dipelihara oleh kakak dan abang iparnya kerana ibu bapanya bekerja di Kuala Lumpur, meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari
Mangsa dibawa oleh kakak dan abang iparnya ke Klinik Kesihatan Paka, kira-kira jam 3 petang
Sebaik tiba di klinik itu, pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia
Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan lebam di beberapa bahagian badan dan kaki mangsa
Berikutan itu, pegawai perubatan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Paka pada jam 3.45 petang
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun, jam 7 malam
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan
No comments: