» » Bank Negara Malaysia sewajibnya buka semula siasatan terhadap skandal 1MDB yang terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram


Bank Negara Malaysia (BNM) tidak ada pilihan lain selain membuka semula siasatan ke atas 1MDB atau berdepan keterjejasan kredibiliti bank pusat itu dan gabenornya, kata Tony Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, BNM berisiko menjadi bahan ketawa masyarakat kewangan antarabangsa dan pihak berkuasa kerana hanya mengenakan denda ke atas 1MDB ketika firma tersebut sedang disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram di luar negara.

Khususnya, Pua menegaskan, Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa para pegawai syarikat tersebut dan pegawai Malaysia bersubahat kepada penipuan dan penggubahan wang haram melibatkan lebih daripada ASD3.5 bilion milik 1MDB.

Semalam, Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan membuka semula siasatan terhadap 1MDB susulan dakwaan DOJ Amerika Syarikat bahawa lebih AS$3.5 juga wang telah “dicuri “ daripada syarikat itu.

Ujar Muhammad, bank pusat sudah mengambil tindakan yang perlu terhadap 1MDB.

“Kita sudah selesaikan siasatan terhadap 1MDB berdasarkan maklumat dan kertas siasatan.

“Kita sudah kenakan denda kepada syarikat itu, kita sudah ambil semua tindakan yang diamanahkan ke atas kita oleh undang-undang dan kita sudah tutup siasatan itu,” kata Muhammad dalam sidang media.

Bagaimanapun, tambahnya, Bank Negara akan bekerjasama dengan badan siasatan lain yang meneliti dakwaan-dakwaan terhadap 1MDB.

Beliau juga berkata tiada rancangan untuk mengetatkan peraturan kewangan negara seperti Singapura di tengah-tengah dakwaan skandal 1MDB.

Katanya, peraturan sedia ada dapat mencegah pengubahan wang haram dan jenayah kewangan.

Ditanya apa salahnya dengan kemasukan wang besar ke dalam akaun peribadi, Muhammad berkata, sesetengah undang-undang dilanggar tetapi tindakan lanjut sudah diambil.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .