» » Angka korban gempa bumi Italy 2016 cecah 247 orang


Angka kematian akibat bencana gempa bumi di tengah Itali meningkat kepada 247 orang Khamis ketika pasukan penyelamat semakin terdesak untuk mencari mangsa yang terselamat.

Menurut laporan Al Jazeera, seramai 368 mangsa disahkan mengalami kecederaan tetapi jumlah mangsa yang terperangkap di celah runtuhan bangunan masih belum diketahui.

Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan tengah Itali pada Rabu, menyebabkan beberapa pekan musnah teruk selain gegaran turut dirasai di Bologna dan Naples yang terletak lebih 200 kilometer dari pusat gempa.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .