» » ' Adakah lesen akademi menembak abang Khalid diluluskan oleh Ketua Polis Negara? '


Pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan hari ini membuat laporan mendakwa wujud konflik kepentingan melibatkan sebuah akademi menembak milik abang Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menurut dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), abang Ketua Polis Negara, Datuk Abdullah Abu Bakar merupakan pengarah di Unggul Shooting Academy.

Firma itu ditubuhkan pada November 2013, enam bulan selepas Khalid dilantik ketua polis negara.

"Adakah lesen itu diluluskan oleh Ketua Polis Negara dan sebarang kontrak kerajaan dianugerahkan dan semua keperluan dipenuhi?" soalnya selepas membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Sanjeeven juga menggesa SPRM menyiasat jika terdapat sebarang hubungan antara Unggul Shooting Academy dan firma pembekalan senjata dan peluru, Nilai Arms & Ammunitions Sdn Bhd yang dimiliki anak perempuan Khalid.

Ketika dihubungi, Khalid enggan mengulas.

"Biar SPRM siasat dakwaan itu. Saya tidak mahu membuat apa-apa komen," katanya.

Sanjeevan berkata terdapat kes keganasan senjata api yang meningkat secara mendadak sejak Khalid mengambil alih jawatan ketua polis negara.

"Saya juga adalah mangsa. Saya berada dalam keadaan koma selama 35 hari. Saya faham penderitaan dan kesakitan yang keluarga mangsa perlu lalui," katanya.

Sanjeevan ditembak jarak dekat oleh penyerang yang tidak dikenali tiga tahun lalu dan tiada sesiapa disabitkan dengan jenayah tersebut.

Ditanya jika dia membuat laporan itu untuk bertindak balas ekoran tangkapan dan pendakwaan terhadapnya, Sanjeevan berkata beliau telah mendedahkan salah laku melibatkan pasukan polis sejak 2012.

Beliau juga mendakwa mempunyai klip video polis yang menunjukkan rasuah yang ingin ditunjukkan "untuk perhatian 31 juta rakyat Malaysia bagi membuka mata mereka terhadap pasukan polis".

Beliau juga berkata mempunyai bukti bahawa "seorang pegawai kanan polis terlibat dalam skandal seks".

"Jika menteri dalam negeri bersedia untuk berjumpa dengan saya, saya akan memberikan keterangan itu (mengenai skandal seks) secara langsung. Jika polis terlibat, bagaimana saya boleh memberikan keterangan itu kepada polis? Saya tidak percaya kepada mereka," katanya .

Aktivis antijenayah yang berusia 32 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa dengan pertuduhan ketiga iaitu peras ugut.

Pada 12 Ogos, beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan peras ugut di Temerloh, Pahang.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .