» » Wakil IS telefon Timbalan Pesuruhjaya Polis


Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datuk Ayon Khan Mydin Pitchay dilaporkan menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada anggota militan IS Malaysia.

Ayob yang bakal dilatik sebagai Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8) Ogos nanti menjelaskan individu yang membuat ugutan tersebut dikenali sebagai Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.

“Mereka menganggap kami menyokong thagut (musuh Allah) dan mahu menyerang kami dahulu sebelum menyerang bukan Islam di negara ini,” kata Ayob.

Beliau yang selama ini lantang melawan kegiatan keganasan berkata, Wandy atau nama samarannya di Facebook, Abu Hamzah Al Fateh berasal dari Durian Tunggal, Melaka.

Wandy juga kata Ayob pernah muncul dalam klip video dimana seorang tahanan rakyat Syria disembelih di Raqqa kerana dituduh menjadi ejen perisik Presiden Bashar Al Assad.

Tegasnya, ugutan yang diberikan tidak akan menjejaskan tekadnya untuk membanteras keganasan.

“Ia akan diteruskan tanpa ketakutan terhadap mana-mana pihak yang ada kaitan dengan kumpulan pengganas,” katanya.

Menurut Ayob, seramai 213 orang termasuk 27 warga asing ditahan bagi menyiasat kaitan mereka dengan kumpulan pengganas.

Semalam, polis mengumumkan Ayob antara enam pegawai kanan yang dilantik jawatan baharu berkuat kuasa 11 Ogos ini.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .