» » » Kini masa terbaik untuk siarkan audit PAC berkaitan skandal 1MDB kepada umum


Ekoran pendedahan Sarawak Report mengenai apa yang didakwanya sebagai sebahagian daripada Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, Transparency International-Malaysia (TI-M) merasakan sekarang adalah masa yang terbaik untuk mengubah status laporan berkenaan.

Justeru, Presiden TI-M, Akhbar Satar berpendapat, adalah aneh jika laporan tersebut terus dirahsiakan.

"Laporan audit itu menjelaskan beberapa kebenaran, jadi mengapa teragak-agak dan enggan membiarkan kebenaran terserlah?" tanya beliau.

Keadaan ini berlaku walaupun kerajaan berulang kali menafikan sebarang salah laku dalam skandal 1MDB dan menafikan dakwaan oleh pelbagai pihak sebelum ini sebagai tidak benar, kata Akhbar.

"Kelewatan dalam mengubah status laporan itu akan menyebabkan orang ramai membuat andaian sebarangan terhadap 1MDB termasuk isu-isu pengurusan kewangan syarikat, urus niaga yang meragukan dan amalan rasuah yang akhirnya mungkin tidak benar," katanya.

Dalam terus mempersoalkan sebab-musabab laporan itu diletak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akhbar tertanya-tanya sama ada kerajaan mahu menyembunyikan sesuatu daripada orang ramai.

"Jika demikian, ia boleh dianggap sebagai penyalahgunaan OSA," katanya.

Mengubah status laporan berkenaan akan membolehkan kerajaan membuktikan kepada orang ramai ia adalah telus, bertanggungjawab dan tiada apa yang hendak disembunyikan, katanya.

"Lagipun, laporan audit ini adalah atas arahan Perdana Menteri sendiri yang mahukan Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB," kata Akhbar.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .