» » » Adakah pengarah baru 1MDB akan bertindak jika benar tiada skandal dalam 1MDB ?


Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan sama ada lembaga pengarah baru 1MDB akan mengambil tindakan selepas Sarawak Report menerbitkan beberapa pendedahan mengenai laporan Ketua Audit Negara yang menyiasat 1MDB.

"Apa yang lembaga pengarah baru 1MDB akan lakukan mengenai maklumat baru ini, memandangkan sekarang ia telah didedahkan" soal Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada maklumat baru yang didedahkan oleh Sarawak Report, membabitkan pelaburan 1MDB di Kepulauan Cayman, anak syarikat International Petroleum Investment Corporation (IPIC) - Aabar Investments PJS dan juga nama hampir Aabar Investments PJS Limited yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin ( BVI).

Katanya, lembaga pengarah sebelum ini dipaksa meletakkan jawatan selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membidas mereka dalam laporan 1MDB.

"Persoalan sekarang ialah, adakah lembaga pengarah baru yang dilantik pada 21 Mei lalu dan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar akan melakukan kerja yang lebih baik?

"Bersama-sama dengan dua ahli lembaga pengarah baru, Kamal Mohd Ali dan Norazman Ayub, adakah mereka akan menuntut jawapan berhubung dakwaan terbaru dan bertindak - termasuk tetapi bukan sekadar memfailkan laporan polis?

"Adalah sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab pengarah untuk menyiasat kes penipuan dan melaporkannya untuk memastikan kepentingan pembayar cukai Malaysia dilindungi sepenuhnya," kata Pua.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .