» » Zura Hotfm tak kejar glamor


Walaupun tidak sepopular Fara Fauzana, namun Nik Nor Azura Nik Mahmood atau Zura cukup selesa menyandang tugas sebagai Ketua Program Hotfm.

Sejak sepuluh tahun bersama stesen radio popular tersebut, bidang kerjanya ialah menyelenggara isi kandungan tugasan para penyampai radio untuk siaran pada setiap hari.

Di samping memastikan setiap penyampai melaksana tugasan berdasarkan kajian untuk peningkatan kualiti isi kandungan radio.

Di sebalik itu, mungkin ada sesetengah pendengar yang terlupa bahawa beliau merupakan bekas pelari pecut negara dalam acara 100 meter.

“Saya mula serius dalam sukan olahraga sejak umur 10 tahun. Mula wakili negara sewaktu umur 13 tahun dalam satu acara sukan negara melibatkan Malaysia, Australia dan Singapura. Masa itu dapat pingat gangsa dalam acara 400 meter.

“Kemudian wakil negara dalam acara 100 meter di kejohanan sekolah-sekolah Asian dan seterusnya acara 400 meter semasa Singapore Open,” cerita beliau .

Ibu kepada dua anak lelaki bernama Erdhan, 3 dan Rizqi, 17 bulan ini memenangi pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 1998 bagi acara 100meter.

Seterusnya pingat emas acara 200m SUKMA dan semasa Sukan Sea di Brunei pada 1999, meraih pingat gangsa acara 4x100m.

Sejak itulah nama beliau semakin dikenali ramai dan kerap dipanggil untuk fotografi akhbar serta majalah HAI, terbitan Utusan Karya sebelum ini untuk ruangan sukan.

“Tahun 2011 semasa Sukan Sea di KL saya cedera teruk di bahagian lutut dan ambil keputusan bersara dari lapangan olahraga.

“Kemudian habiskan pengajian dalam jurusan penyiaran di Universiti Putra Malaysia. Saya menyelesaikan pengajian sepenuhnya sewaktu usia 23 tahun sedangkan rakan-rakan lain lebih awal dapat ijazah,” katanya.


Memiliki wajah cantik dan penampilan menarik, pasti ramai tertanya-tanya mengapa Zura tidak mencuba bidang pengacaraan dan lakonan?

“Bukan tiada tawaran tetapi saya rasa puas hati dapat menjadi orang kuat di belakang tabir radio bagi memastikan isi kandungan Hotfm disukai dan relevan mengikut keadaan semasa.

“Saya pernah juga jadi pengacara untuk MHI, Bersamamu dan program hiburan Pop tetapi saya merasakan ada orang lain yang lebih layak melakukannya. Berlakon pula saya tidak minat.

“Saya percaya kekuatan dari segi idea dan kreativiti mampu memikat telinga pendengar. Biarlah saya tidak glamor.

“Saya suka buat sesuatu yang bila orang suka itu satu kepuasan buat diri saya. Saya tidak handal dari segi pengacaraan dan lakonan,” ujar Zura yang sebelum ini tiga tahun bersama Redfm.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .