» » SPRM akan jelaskan perincian skabdal RM2.6 bilion Najib Razak


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjelaskan perincian wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, penjelasan berkenaan akan merungkai kekeliruan di sebalik derma yang diterima Datuk Seri Najib Razak itu.

Katanya, beliau menyebut sebelum ini derma itu datang daripada "penderma-penderma" kerana beliau bertemu lebih daripada seorang wakil kepada penderma itu.

"Ia jamak (plural) kerana saya bertemu dengan lebih daripada seorang yang mewakili pihak dermawan berkenaan.

"Saya fikir perkara itu diperjelaskan pihak SPRM sebagai satu kenyataan rasmi.

"Saya tak berbeza pandangan, apatah lagi pemikiran, daripada kenyataan rasmi SPRM," katanya pada sidang media di sisi Perhimpunan Agung Umno ke-69 petang ini.

Ditanya jika derma itu sebenarnya datang daripada seorang individu atau sebuah kerajaan, Zahid berkata:

"Saya fikir biarlah perkara itu diperjelaskan apabila kenyataan terperinci dikeluarkan pihak SPRM kelak," katanya.

Zahid semalam berkata, derma itu datang daripada lebih seorang dermawan.

Pada Ogos lalu, beliau mengakui ada bertemu ketua pegawai pelaburan serta pemegang amanah keluarga dermawan itu sendiri dan dimaklumkan yang sumbangan itu dihulur bagi menyokong usaha kerajaan Malaysia menegakkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .