PENYANYI Siti Nordiana Alias, 31, mengakui ada kawan-kawan lama mula menghubunginya setelah nama kembali menyengat apabila menyertai program pertandingan paling hangat ketika ini, Gegar Vaganza musim kedua (GV).
Namun tidak kurang juga ada segelintir lelaki cuba mendekati ibu tunggal kepada Mohd Rayyan Nakhaie,7 ini.
“Itu biasalah, tak boleh nak elak. Yang dulu rapat selepas itu menghilang dan senyap kemudian tiba-tiba hantar mesej serta menelefon setelah melihat saya di dalam GV.
“Yang setahun tak telefon pun baru kembali bertanya khabar. Bagi saya sendiri sebelum ini sesiapa yang cuba mendekati saya boleh handle. Ke mana-mana saya pergi untuk urusan seni saya ditemani pembantu peribadi yang juga sepupu sendiri,” ujar Siti Nordiana atau mesra dengan panggilan Nana.
Sudah enam tahun menjanda, tetapi Siti Nordiana tidak menjadikan hal itu satu masalah besar.
“Buat masa sekarang saya mahu fokus pada kerjaya seni yang sedang kembali bersinar. Peluang yang diberikan GV ini saya mahu gunakan sebaik mungkin mengembalikan populariti dan mencari rezeki membesar serta memberi pendidikan sempurna buat anak.
sumber




No comments: