» » Perodua Axia akan naik harga selepas ini selepas dipasang ABS


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan menaikkan harga kereta model Axia G.

Kenaikan harga termasuk kos untuk memasang sistem brek cegah kunci (ABS) dalam kenderaan itu bermula dari Januari 2016.

Dalam satu kenyataan hari ini, presiden dan ketua pegawai eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata ABS itu bertujuan meningkatkan keselamatan kenderaan itu.

"Bagi pelanggan kami yang menempah Axia G mereka antara 1 Oktober dan 10 Disember lalu tetapi masih belum menerima kenderaan mereka, Perodua akan menawarkan baucar RM500 sebagai token.

"Tempahan yang dibuat dari 11 Disember dan seterusnya akan tertakluk kepada harga baru dan penghantaran akan bermula Januari 2016 dan seterusnya," kata Aminar.

Menurut senarai harga terkini Axia di laman web Perodua, Axia G transmisi manual 1,000c berharga dari RM32,127.16 di Semenanjung Malaysia.

Harga bagi versi automatik bermula dari RM35,127.15.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .