» » Penumpang di lapangan terbang Malaysia susut kepada 6.8 juta pada tahun 2015


Lapangan terbang Malaysia mencatatkan 6.8 juta penumpang, susut sebanyak 2.7% bagi November 2015 tahun ke tahun berbanding November 2014.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), berkata sektor antarabangsa dan domestik mencatatkan 3.2 juta dan 3.6 juta penumpang, masing-masing turun sebanyak 1.2% dan 3.9%.

"Secara keseluruhan, pergerakan pesawat susut sebanyak 5.7% dengan pengurangan pergerakan antarabangsa dan domestik, masing-masing sebanyak 3.2% dan 7.1% berbanding November 2014.

"Pergerakan penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merosot sebanyak 0.9% pada November 2015 dan trafik Terminal Utama KLIA jatuh sebanyak 13.7%.

"Bagaimanapun, klia2 meningkat sebanyak 11%," katanya.

MAHB berkata bagi tempoh 12 bulan, trafik penumpang bagi Terminal Utama KLIA mencatatkan 22.9 juta penumpang, penurunan sebanyak 8.4%, manakala klia2 mencatatkan 26 juta, naik sebanyak 9% berbanding tempoh sama, pada tahun lepas.

"Trafik pada November dipengaruhi pengurangan laluan dan kekerapan Malaysia Airlines yang sedang melaksanakan penstrukturan semula. Ini membawa kepada penurunan peratusan dua angka tahun ke tahun untuk pengangkutan penumpang Malaysia Airlines," katanya.

MAHB berkata trend ini berlaku lebih daripada sekali, pada permulaan setiap inisiatif penstrukturan semula yang utama pada dekad lalu.

Sementara itu, katanya trafik AirAsia meningkat hampir kepada 2 angka dan Malindo, lebih 20%.

"China Southern, Eva Airways, Vietnam Airlines dan Qatar Airways turut mencatatkan pertumbuhan yang sama manakala Tiger Airways, Turkish Airlines dan Xiamen Airlines mencatatkan pertumbuhan lebih 30%.

"Sementara itu, keseluruhan purata faktor muatan yang dicatatkan untuk sektor antarabangsa dan domestik adalah menggalakkan bagi November 2015, menunjukkan potensi permintaan untuk perjalanan udara terus berdaya tahan," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .