» » PAC ‘lega’ 1MDB buat urusniaga dengan syarikat asing yang bereputasi


Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berkata, jawatankuasa di bawah Parlimen itu berasa "lega" kerana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjalankan urusniaga mereka dengan syarikat asing yang mempunyai reputasi.

Katanya, PAC bagaimanapun akan memanggil semula Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy sekali lagi pada jam 9 pagi Jumaat 18 Disember ini bagi menyambung semula prosiding.

"Secara keseluruhannya, PAC lega 1MDB membuat urusniaga dan pelaburan luar negara dengan syarikat luar negara yang mempunyai reputasi," kata Hasan dalam kenyataannya selepas selesai prosiding bersama Arul petang tadi di Parlimen.

Sebelum ini, 1MDB dikritik berhubung urusniaga yang dijalankannya dengan syarikat asing, termasuk perjanjiannya dengan PetroSaudi International.

Ia juga membuat beberapa pelaburan luar pesisir di Kepulauan Cayman, yang mengundang pelbagai kritikan.

Hasan berkata, PAC juga berpuas hati dengan semua keterangan Arul sepanjang prosiding hari ini yang berlangsung bermula jam 11 pagi hingga 5 petang ini.

Terdahulu, Arul yang ditemui pemberita di Parlimen selepas selesai prosiding PAC hari ini berkata, pihaknya turut berbesar hati untuk kembali menghadap jawatankuasa itu bagi memberikan penjelasan untuk kali ke-2.

"Saya mengambil kesempatan, seperti mana Mei dahulu untuk berjumpa ahli PAC dan saya amat berterima kasih kepada PAC kerana beri kesempatan kepada 1MDB untuk hadir.

"Pelbagai soalan ditanya, dan apa yang kami lakukan sejak penubuhan sehingga sekarang," katanya, kepada pemberita tanpa mendedahkan butiran prosiding.

PAC semalam memanggil bekas presiden dan CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi bagi meneruskan prosiding berhubung pengurusan kawalan tadbir urus syarikat milik Kementerian Kewangan sarat hutang itu.

Shahrol sebelum ini dipanggil pertama kali menghadiri prosiding membabitkan 1MDB menghadap PAC minggu lepas.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .