» » Najib Razak dakwa TPPA satu persaingan sihat dan ia bakal membantu ekonomi Malaysia lebih berkembang


Jangan takut dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kerana agenda Bumiputera dan kedaulatan negara akan terus dipertahankan, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga perdana menteri, turut menjelaskan sejak dari mula rundingan TPPA lagi, Malaysia bertegas agar perjanjian perdagangan itu digariskan berdasarkan terma yang ditetapkan.

Bercakap pada sesi penggulungan perbahasan Perhimpunan Agung Umno 2015, Najib menyeru masyarakat Bumiputera supaya bangkit bersaing dan meraih peluang yang ditawarkan menerusi TPPA, sambil memberi jaminan agenda Bumiputera akan dilindungi.

"Kalau ia (agenda Bumiputera) tidak diterima, kita akan keluar TPPA. Saya jumpa dengan Presiden (Barack) Obama 2 kali, dan Tokpa (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed) juga berjumpa pelbagai pihak," kata Najib di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Akhirnya, Najib berkata 11 negara TPPA, termasuk Amerika Syarikat, menerima agenda Bumiputera mesti dimasukkan sebagai sebahagian terma TPPA.

"Jadi, apa yang kita takut? Kita takut bersaing dengan orang lain? Vietnam pun berani. Brunei pun masuk TPPA. Takkan lah kita tak berani bersaing dengan orang lain," katanya.

Sehubungan itu, Najib meminta rakyat supaya tidak bimbang, sebaliknya lebih bersemangat.

Beliau juga yakin Malaysia boleh berjaya di persada antarabangsa di bawah kepimpinan Umno, selain meminta Mustapa dan agensi berkaitan supaya terus memperkasa usahawan Bumiputera, terutama industri kecil dan sederhana.

"Tolong mereka bersaing di peringkat antarabangsa, terutama dalam pembangunan kapasiti," kata Najib.

Najib berkata, banyak perjanjian perdagangan yang ditandatangani Malaysia membuahkan hasil yang lebih baik daripada jangkaan.

"Kita sign dengan Turki, dan dalam tempoh 3 bulan saja eksport kita ke Turki bertambah 2 kali ganda.

"Jadi inilah pendekatan kita. Kita mesti berani dan buat persediaan. Kita bina keupayaan orang kita, kita bagi sokongan yang cukup dan kita hantar orang kita supaya mereka bersaing membawa panji-panji Umno," kata Najib.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .