Muhyiddin Yassin hadir ke perkarangan Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur kira-kira 2 petang tadi untuk memberikan sokongan kepada 9 ketua Umno cawangan Teluk Kemang yang dipanggil Lembaga Disiplin hari ini.
Muhyiddin berkata, beliau tidak kisah sekiranya dirinya dipecat kerana datang ke PWTC hari ini kerana kehadirannya adalah untuk menegakkan kebenaran.
"Bagi saya, penting ialah perjuangan yang benar, saya rasakan saya dah bersedia menghadapi apa saja.
"Walaupun saya tidak mahu diri saya dipecat," katanya kepada pemberita.
Semua ketua cawangan yang menamakan diri mereka Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) hari ini dipanggil kerana mengadakan sidang media tempoh hari, menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai presiden Umno.
Terdahulu, bekas ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dan bekas pemimpin Wanita Langkawi Anina Saadudin turut hadir pada untuk memberikan sokongan solidariti kepada 9 Ketua cawangan tersebut.
sumber




No comments: