Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tanpa bercakap sepatah pun kepada media.
Bagaimanapun ketika ditanya sama ada beliau akan kekal sebagai timbalan presiden Umno, Muhyiddin mengangguknya.
Dan apabila ditanya sama ada beliau takut terhadap tindakan disiplin, beliau hanya menggeleng kepala.
Selepas gesaan supaya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak malam kelmarin, beliau mungkin berdepan dengan tindakan disiplin, paling keras dipecat daripada jawatan.
Muhyiddin dijangka kembali ke PWTC untuk menghabiskan perhimpunan agung tahunan Umno untuk hari ini.




No comments: