» » Kerajaan tak cadang bentuk suruhanjaya siasatan diraja untuk siasat skandal 1MDB dan RM2.6 bilion Najib Razak


Kerajaan tidak bercadang menjalankan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan 1MDB bagi mengenal pasti punca masalahnya dan mencari kaedah mempertingkat prestasinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, mekanisme siasatan yang sedang berjalan oleh beberapa agensi sudah memadai.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) dalam jawapan bertulis parlimen berkaitan 1MDB.

Jawapan itu diberikan kepada anggota parlimen pada 3 Disember, hari terakhir sidang Dewan Rakyat sesi ini.

Fauzi dalam soalannya berkata beliau membangkitkan soalan itu kerana 1MDB telah mencemarkan imej syarikat milik kerajaan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .