Keputusan mengenai kegiatan perlombongan bauksit di Pahang akan diumumkan dalam tempoh 2 atau 3 minggu lagi, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Menurut beliau ia perlu dilakukan selepas kerajaan negeri menerima beberapa permintaan oleh ahli parti Barisan Nasional, pembangkang dan juga badan bukan kerajaan (NGO).
Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau memberitahu satu mesyuarat antara kerajaan negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan diadakan tidak lama lagi bagi menentukan keputusan yang akan diambil, dan memberi manfaat kepada semua pihak terlibat termasuk orang ramai.
"Kami mengalu-alukan kritikan tetapi apabila kami membuat keputusan dan mengambil tindakan, ia tidak bermaksud kami ditekan oleh PKR. Saya sudah ditekan oleh ahli parti sendiri dan juga NGO," katanya.
Terdahulu Adnan menmyaksikan majlis menandatangani perjanjian langganan saham biasa dan perjanjian pemilikan saham antara Pasdec Automotive Technologies (Pty) Ltd dan Botswana Development Corp.
Baru-baru ini ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fuziah Salleh menggesa kerajaan persekutuan menggantung lesen eksport bauksit bagi menyelesaikan masalah pencemaran yang berpunca daripada perlombongan dan pengangkutan bahan mentah itu di Kuantan dan kawasan sekitarnya.
"Keputusan akan dibuat. Tunggu pengumuman," katanya.
sumber




No comments: