» » 3 perkara yang orang ramai perlu tahu berkaitan skandal RM2.6 bilion akan terjawab bia Najib Razak dibawa ke kandang saksi dan disoal


Terdapat tiga sebab kenapa rakyat Malaysia perlu tahu berkaitan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua tahun lalu.

Perkara itu diberitahu oleh peguam kanan Tommy Thomas kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sebab pertama, kata Thomas, berkaitan sumber bayaran dan siapa individu yang membayar jumlah AS$680 juta itu.

“Kedua, apa yang berlaku kepada wang itu dan akhir sekali kenapa ia diberikan.

“Jawapan itu hanya boleh diperoleh jika Najib dibawa (ke ke kandang saksi) dan disoal balas,” katanya.

Thomas berhujah bahawa saman PKR berkaitan sumbangan itu patut dibicarakan dan tidak harus ditolak oleh mahkamah.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .