» » YAPEIM hampir kenal pasti pembocor dokumen,yang bongkarkan skandal salah guna wang anak yatim


Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) hampir mengenal pasti pihak yang membocorkan dokumen dan tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan orang dalam yayasan itu sendiri, di samping didorongi “unsur-unsur luar”.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Yapeim Datuk Abibullah Samsudin berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu memandangkan siasatan masih dijalankan polis.

“Kalau saya sebutkan (secara mendalam) akan mengganggu siasatan polis dan kita sedang buat siasatan dalaman dan sedang mencari punca daripada mana perkara ini berlaku.

“Ada sedikit keyakinan maklumat ini daripada dalam dan sedikit daripada unsur-unsur luar,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Laporan polis itu dibuat susulan daripada beberapa siri pendedahan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) berhubung salah guna wang yayasan tersebut.

Pada masa sama, Abibullah berkata, pihaknya yakin penarikan diri kira-kira 3,000 penyumbang dana Aamal Jariah untuk terus menyumbang melalui skim potongan gaji (SPG) hanya bersifat sementara.

“Sehingga kini terdapat lebih 500,000 penyumbang dana melalui SPG dan pemberhentian ini hanya melibatkan 0.001% sahaja.

“Kita mempunyai nama alamat dan nombor telefon penyumbang, kita akan berikan penjelasan kepada mereka, pemberhentian ini hanya bersifat sementara sehingga mereka benar yakin dan akan teruskan sumbangan kepada Yapeim,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan akan dibuat terhadap NOW atas kesalahan mendapatkan dokumen Yapeim secara tidak sah sudah dimulakan.

Khalid berkata ianya susulan laporan polis yang dibuat Abibullah pada Rabu lalu.

Terbaharu semalam, selepas pendedahan skandal Yapeim di Perancis minggu lalu, NOW mendedahkan satu lagi dokumen menunjukkan yayasan itu terlibat dengan lawatan ke New York, Amerika Syarikat (AS).

Akmal berkata, program yang mencecah kos RM100,000 itu didakwa berlangsung pada 17 September hingga 27 September, 2014 dengan sasaran penglibatan 100 peserta di New York.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .