» » Wanita minta bantuan hantar beliau pulang ke rumahnya yang dilanda banjir untuk beri makan kucing


Seorang mangsa banjir dari Kampung Parit Mahang, dekat sini, terpaksa meminta ihsan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk pulang ke rumahnya yang dinaiki air bagi memberi makan kucing peliharaan, kelmarin.

Ngadiah Juhahir, 51, berkata, sejak dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang Rabu lalu dia bimbangkan nasib dua kucing peliharaannya yang ditinggalkan di rumah.

Katanya, sejak banjir melanda rumahnya Selasa lalu kucing berkenaan naik ke bumbung rumah bagi mengelak terkena air.

“Saya risau kucing ini tak makan, jadi saya minta jasa baik JPAM bawa saya pulang ke rumah dengan menaiki lori kerana jalan masuk ke rumah digenangi air dan bersyukur kucingnya selamat,” katanya.

Menurutnya, banjir kali ini paling buruk berlaku sejak lapan tahun lalu sehingga barangan di rumahnya seperti perabot dan katil rosak.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .