Kreadibiliti dan ketelusan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin dipersoal apabila beliau dilihat berusaha sebaik mungkin mempertahan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Waju, Shahbudin Husin berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Hasan mengaitkan isu debat dan penglibatan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam 1MDB amat berbeza berbanding sebelum ini.
“Hasan yang pada mulanya agak terbuka dengan mengatakan beliau tidak kisah dan menyerahkan sepenuhnya kepada Ahli Parlimen DAP itu membuat keputusan, tetapi sikapnya mula berubah apabila Speaker tidak membenarkannya serta mengancam untuk meletakkan jawatan jika debat itu berlangsung juga.”
“Hasan malah mentafsirkan keputusan Speaker itu bahawa selagi kekal dalam PAC, Tony Pua bukan saja tidak boleh mengambil bahagian dalam debat dengan Arul Kanda, bahkan turut tidak boleh bercakap lagi mengenai 1MDB sama ada di luar Parlimen atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai syarikat bermasalah dan sarat hutang itu,” katanya menerusi entri terbaharu di blognya, shahbudindotcom.blogspot.com..
Shahhbudin juga mempersoalkan tindakan terbaru Hasan yang mengeluarkan kenyataan melarang Tony Pua daripada menyebut tentang 1MDB termasuk dalam Parlimen.
“Sah betapa suci, mulia dan kebalnya 1MDB,” tulisnya.
Dalam masa sama, Shahbudin juga mempersoal perbuatan Hasan melengah-lengahkan Jho Low daripada dipanggil untuk siasatan 1MDB dengan memberi alasan bahawa mahu mengkajinya pula dari aspek perundangan pula.
“Kenyataan Hasan ini juga bercanggah dengan bekas Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed yang pada 10 Julai 2015 yang lalu telah memutuskan Jho Low akan dipanggil memberi keterangan berdasarkan laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB,” kata Shahbudin.
Sebelum ini, PAC membuat keputusan memanggil Jho Low atas kapasitinya sebagai Lembaga Penasihat Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudian diambilalih oleh Putrajaya dan ditukar nama kepada 1MDB pada 2009.
“Namun, kini Hasan mahu mengkajinya pula dari aspek perundangan atau dalam erti kata lain seperti sedang mencari jalan untuk melengah-lengahkan keperluan memanggil Jho Low daripada mengadap PAC,” tulisnya,

No comments: