» » Siasatan guru besar hilang masih diteruskan


Siasatan kes kehilangan guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Keramat Satu, Jashiah Rabu, 53, yang hilang sejak 34 hari lepas masih diteruskan walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada 10 November lepas.

Ketua Balai Polis Kuala Kubu Bharu ASP Mohd Razip Md Tahir berkata operasi SAR di Kampung Buluh Telur yang dikatakan lokasi terakhir Jashiah dilihat, dihentikan selepas 16 hari gagal menemui sebarang petunjuk.

"Bagaimanapun siasatan masih diteruskan dan risikan juga dijalankan bagi mengesan mangsa," katanya.

Pada 29 Oktober lepas, pencarian yang turut melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan Jashiah pernah menjejakkan kaki di dalam hutan Buluh Telur namun jejak kaki mangsa terhapus setakat kawasan itu.

Pada 31 Oktober, seramai 70 anggota pasukan veteran komando diketuai Penasihat Veteran Komando Malaysia Datuk Shamsudin Abas menyertai operasi meliputi hutan Bukit Kutu, air terjun berhampiran Taman Milenium, pencarian dari rumah ke rumah penduduk kampung, kebun getah serta anak sungai berhampiran pusat operasi.

Ibu kepada 4 anak itu kali terakhir dilihat jirannya keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling pada 23 Oktober lepas dan difahamkan menghala ke kawasan Hutan Simpan Bukit Kutu dengan berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh kira-kira 10km.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .