» » Polis siasat NOW kerana perolehi dokumen YAPEIM secara tak sah dalam pembongkaran skandal guna duit anak yatim


Siasatan terhadap badan bukan kerajaan (NGO) Pusat Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) atas kesalahan mendapatkan dokumen Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim) secara tidak sah sudah dimulakan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Khalid berkata ianya susulan laporan polis yang dibuat Ketua Pengarah Eksekutif Yapeim Datuk Abibullah Samsudin Rabu lalu.

"Benar kita sudah memulakan siasatan. Atas salah guna atau kes menyalahgunakan kuasa dan ia di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Khalid.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada penangkapan yang dibuat kerana siasatan masih di peringkat awal.

Dalam laporan itu, Abibullah berkata tuduhan NOW ke atas Yapeim tidak berasas dan dokumen diperolehi kumpulan itu secara tidak sah.

Beliau menuduh Pengarah NOW Akmal Nasir kerana menyebarkan maklumat salah dan fakta dengan niat memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .